Tabung Endowmen Ilmu Mualaf (TEIM)

From 01 Nov, 2025 to 31 Jan, 2026
  • Home
  • | Infaq
  • | View All Campaigns
Tabung Endowmen Ilmu Mualaf (TEIM)
Support this Campaign

  • Email:
    • [email protected]...
  • Call:
    • 0122380137
  • Share:

Tags

Infaq Ilmu TIEM Mualaf Asia Pasifik

Description


Tabung Endowmen Ilmu Mualaf - MyGuide Malaysia

Latar Belakang

MyGuide Malaysia ialah sebuah NGO Islam berdaftar yang aktif dalam dakwah, bimbingan dan pembangunan mualaf di rantau Asia Pasifik. Pengalaman lapangan menunjukkan bahawa ramai mualaf menghadapi cabaran meneruskan pembelajaran Islam selepas memeluk agama — sama ada kerana kekangan kewangan, bahan pembelajaran yang terhad, atau kekurangan mentor yang memahami konteks kehidupan mereka.

Menyedari keperluan ini, MyGuide Malaysia menubuhkan Tabung Endowmen Ilmu Mualaf (TEIM) sebagai platform sedekah jariah, bertujuan memperkukuh pendidikan Islam dan bimbingan ilmu berterusan kepada mualaf di Malaysia dan rantau ini.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki."

(Surah Al-Baqarah, 2:261)
Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."

(Riwayat Muslim)


Matlamat Tabung

Membina dana pembangunan Mualaf yang berterusan bagi menyokong usaha pendidikan, bimbingan dan pembangunan ilmu untuk golongan mualaf, selaras dengan konsep sadaqah jariyah yang memberi manfaat berpanjangan kepada penyumbang dan penerima.

Visi dan Misi

Visi:

Menjadi tabung wakaf ilmu utama bagi memperkukuh kefahaman Islam dan keupayaan mualaf di Asia Pasifik.

Misi:

  1. Menyediakan akses pembelajaran Islam yang tersusun dan mampan kepada mualaf.
  2. Membina sistem sokongan ilmu dengan mengadakan tabung pembangunan yang telus dan berimpak.
  3. Menggalakkan penyertaan masyarakat Islam dalam menyokong pembangunan ilmu mualaf.

Program dan Sasaran

Tabung Endowmen Ilmu Mualaf (TEIM) diwujudkan bagi membiyai usaha MyGuide Malaysia menjalankan aktiviti pengajian ilmu dan penghayatan Islam bagi Mualaf di Asia Pasifik.

Sasaran Awal TEIM: RM 50,000

Dana ini akan digunakan untuk membiayai program-program pendidikan dan bimbingan ilmu bagi mualaf di rantau Asia Pasifik.


Program Pengajian dan Pendidikan Mualaf:

✓ Latihan dan Pengajian Asas Penghayatan Islam Mualaf di Filipina

✓ Latihan dan Pengajian Asas Penghayatan Islam Mualaf di Kamboja

✓ Kursus dan Pengajian Imam-imam Masjid yang Memberi Bimbingan kepada Mualaf di Papua New Guinea

Kelas pengajian di jalankan pada hari Sabtu & Ahad


Transparansi dan Laporan:

Pihak MyGuide akan membuat laporan pelaksanaan aktiviti yang dibiyai melalui TEIM. Pihak MyGuide juga akan mengeluarkan eBuletin Khas TEIM secara berkala. eBuletin ini akan diberikan kepada semua penyumbang dan subscribers.

Mari Sertai Kami

Sumbangan anda adalah sedekah jariah yang akan terus memberikan manfaat bagi pendidikan dan pembangunan ilmu mualaf di Asia Pasifik. Setiap derma anda adalah investasi dalam membangun umat yang kuat dan berpengetahuan.

Maklumat Sumbangan

Sumbangan melalui Pemindahan Bank:

Bank: Maybank No. Akaun: 5622 0967 7251 Nama Pemilik: Pertubuhan Kebajikan Hidayahku Malaysia (MyGuide Malaysia) Rujukan: INFAQ-ILMU

Kaedah Pembayaran Tersedia:

Billplz Bank Transfer Walk-In

Sumbangan anda akan diberikan dengan resit rasmi. 

Payment Methods

  • Billplz
  • Walk-In
  • Bank Transfer

Support this Campaign

1 Select Packages 2 Your Details 3 Make Payment
Package Package End Amount Qty

Infaq Ilmu - RM 10

Sumbangan Infaq Ilmu ke TIEM

31 Dec 2025
11:59 PM
RM 10.00
31 Dec 2025
11:59 PM
RM 10.00

Infaq Ilmu - RM 50

Sumbangan Infaq Ilmu ke TIEM

31 Dec 2025
11:59 PM
RM 50.00
31 Dec 2025
11:59 PM
RM 50.00

Infaq Ilmu - RM 100

Sumbangan Infaq Ilmu ke TIEM

31 Dec 2025
11:59 PM
RM 100.00
31 Dec 2025
11:59 PM
RM 100.00

Infaq Ilmu - RM 500

Sumbangan Infaq Ilmu ke TIEM

31 Dec 2025
11:59 PM
RM 500.00
31 Dec 2025
11:59 PM
RM 500.00

Infaq Ilmu - RM 1000

Sumbangan Infaq Ilmu ke TIEM

31 Dec 2025
11:59 PM
RM 1000.00
31 Dec 2025
11:59 PM
RM 1000.00

Infaq Ilmu

RM10 RM20 RM50
RM10 RM20 RM50
RM

Campaign Updates

RM 12.00

received from 2 contributors
0% Complete (success)
0% of RM 50,000.00

Infaq Status: Started on 1st of Nov 2025


Above information is updated as of 18th November, 2025.

Other Campaigns You May Like

  • Membina Masjid Kama Papua New Guinea (PNG)
    Membina Masjid Kama Papua...
    View

About MYGUIDE MALAYSIA


MyGuide Malaysia is an organisation registered with Registrar of Society Malaysia (ROS) on 7th October 2021. MyGuide is an organisation established to promote the true message of Islam in accordance with the Quran and Sunnah.

Contact Info

0103150852
[email protected]

Socialize with us

© 2025 Powered by Mimbar

Full details

Loading Available Campaign Packages...