Description
Latar Belakang
MyGuide Malaysia ialah sebuah NGO Islam berdaftar yang aktif dalam dakwah, bimbingan dan pembangunan mualaf di rantau Asia Pasifik. Pengalaman lapangan menunjukkan bahawa ramai mualaf menghadapi cabaran meneruskan pembelajaran Islam selepas memeluk agama — sama ada kerana kekangan kewangan, bahan pembelajaran yang terhad, atau kekurangan mentor yang memahami konteks kehidupan mereka.
Menyedari keperluan ini, MyGuide Malaysia menubuhkan Tabung Endowmen Ilmu Mualaf (TEIM) sebagai platform sedekah jariah, bertujuan memperkukuh pendidikan Islam dan bimbingan ilmu berterusan kepada mualaf di Malaysia dan rantau ini.
"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki."
(Surah Al-Baqarah, 2:261)
"Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)
Matlamat Tabung
Membina dana pembangunan Mualaf yang berterusan bagi menyokong usaha pendidikan, bimbingan dan pembangunan ilmu untuk golongan mualaf, selaras dengan konsep sadaqah jariyah yang memberi manfaat berpanjangan kepada penyumbang dan penerima.
Visi dan Misi
Visi:
Menjadi tabung wakaf ilmu utama bagi memperkukuh kefahaman Islam dan keupayaan mualaf di Asia Pasifik.
Misi:
- Menyediakan akses pembelajaran Islam yang tersusun dan mampan kepada mualaf.
- Membina sistem sokongan ilmu dengan mengadakan tabung pembangunan yang telus dan berimpak.
- Menggalakkan penyertaan masyarakat Islam dalam menyokong pembangunan ilmu mualaf.
Program dan Sasaran
Tabung Endowmen Ilmu Mualaf (TEIM) diwujudkan bagi membiyai usaha MyGuide Malaysia menjalankan aktiviti pengajian ilmu dan penghayatan Islam bagi Mualaf di Asia Pasifik.
Dana ini akan digunakan untuk membiayai program-program pendidikan dan bimbingan ilmu bagi mualaf di rantau Asia Pasifik.
Program Pengajian dan Pendidikan Mualaf:
✓ Latihan dan Pengajian Asas Penghayatan Islam Mualaf di Filipina
✓ Latihan dan Pengajian Asas Penghayatan Islam Mualaf di Kamboja
✓ Kursus dan Pengajian Imam-imam Masjid yang Memberi Bimbingan kepada Mualaf di Papua New Guinea
Kelas pengajian di jalankan pada hari Sabtu & Ahad
Transparansi dan Laporan:
Pihak MyGuide akan membuat laporan pelaksanaan aktiviti yang dibiyai melalui TEIM. Pihak MyGuide juga akan mengeluarkan eBuletin Khas TEIM secara berkala. eBuletin ini akan diberikan kepada semua penyumbang dan subscribers.
Mari Sertai Kami
Sumbangan anda adalah sedekah jariah yang akan terus memberikan manfaat bagi pendidikan dan pembangunan ilmu mualaf di Asia Pasifik. Setiap derma anda adalah investasi dalam membangun umat yang kuat dan berpengetahuan.
Maklumat Sumbangan
Sumbangan melalui Pemindahan Bank:
Kaedah Pembayaran Tersedia:
Sumbangan anda akan diberikan dengan resit rasmi.
Payment Methods
- Billplz
- Walk-In
- Bank Transfer
Campaign Updates
RM 12.00
Infaq Status: Started on 1st of Nov 2025
Above information is updated as of 18th November, 2025.