Description

Pengenalan


Pertubuhan Kebajikan Hidayahku Malaysia (MyGuide Malaysia) [PPM-001-14-07102021] adalah pertubuhan berdaftar yang memberi tumpuan kepada golongan muallaf di luar negara, khususnya di rantau Asia Pasifik yang penuh cabaran dalam konteks dakwah dan bimbingan Islam.
Rayuan Infaq ini adalah usaha mengumpul sumbangan untuk:
- Menyediakan sokongan berterusan, bimbingan agama, dan jaringan komuniti bagi muallaf.
- Memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan sebagai waktu paling mustajab untuk beramal.
- Membuka peluang infaq khusus melalui kempen 10 malam akhir Ramadan 1447H.
Jangka Masa Rayuan Infaq
Rayuan dijalankan selama 10 hari terakhir bulan Ramadan 1447H.
Sasaran Penerima Manfaat
- Muallaf di rantau Asia Pasifik yang memerlukan sokongan kewangan dan bimbingan.
- Program dakwah dan pendidikan Islam di bawah jaringan MyGuide Malaysia.
- Aktiviti penjangkauan (outreach) bagi muallaf yang terpinggir.
Panduan Untuk Memilih Pakej Infaq
Untuk memastikan sumbangan anda jatuh tepat pada waktu malam (10 malam terakhir), sila ambil perhatian terhadap sistem pilihan infaq kami:
1. Slot Infaq Malam Ramadan Harian (RM10)
- Waktu Aktif: Hanya dibuka bermula jam 7:30 Malam sehingga 6:00 Pagi setiap hari.
- Status 'Closed': Butang harian akan ditutup secara automatik selepas jam 6:00 pagi bagi memberi laluan kepada persiapan malam berikutnya.
- Jika Butang Tidak Berfungsi: Ini bermakna anda sedang mengakses laman ini di luar waktu operasi slot harian (waktu siang).
2. Pilihan 'Custom Amount' (Infaq Bebas)
- Waktu Aktif: Dibuka 24 jam tanpa henti sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.
- Kegunaan: Jika anda ingin menyumbang mengikut nilai pilihan sendiri atau terlepas waktu slot harian, sila gunakan ruangan Custom Amount ini.
Tips Untuk Penyumbang
"Sekiranya anda ingin berinfaq pada waktu siang tetapi butang malam tersebut sudah 'Closed', anda tetap boleh menyumbang dengan mengisi jumlah di ruangan Custom Amount di bahagian bawah senarai."
Terms
Maklumat Infaq:
- Pilih amaun infaq dan kaedah pembayaran secara online.
- Infaq boleh dilakukan sekali atau berulang sepanjang 10 malam terakhir.
- Penyumbang akan menerima resit digital secara automatik.
- Laporan penggunaan dana akan diterbitkan secara terbuka selepas Ramadan.