Description
Latar Belakang
MyGuide Malaysia telah aktif bergerak di Kemboja bersama pertubuhan Islam tempatan dalam usaha membimbing saudara baru (mualaf) mempelajari asas-asas kefahaman Islam dan membaca Al-Quran.
Namun, dengan pertambahan bilangan mualaf yang semakin meningkat dari hari ke hari, bekalan bahan pembelajaran asas seperti Buku Iqra', Modul Bimbingan Mualaf dan Terjemahan Al-Quran (versi ringkas bahasa Khmer) masih belum mencukupi.
Di hari-hari akhir Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama menabur benih amal jariah untuk generasi Muslim Kemboja yang dahagakan ilmu.
مَن ذَا الَّذِي يُقۡرِضُ اللَّهَ قَرۡضًا حَسَنًا فَيُضَٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضۡعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan (balasannya) dengan berlipat-lipat ganda." — Al-Baqarah: 245
Sasaran Infaq
Buku Iqra' (130 Unit) — RM1,950
130 unit Buku Iqra' (set lengkap Jilid 1–6) untuk digunakan dalam sesi bimbingan membaca Al-Quran kepada mualaf di Kemboja.
Modul Bimbingan Mualaf — RM2,500
Kos mencetak modul bimbingan mualaf MyGuide Malaysia — merangkumi asas akidah, ibadah harian dan panduan hidup seorang Muslim baru.
Terjemahan Al-Quran Muhtasar (Bahasa Khmer) — RM2,500
Kos mencetak terjemahan ringkasan Al-Quran dalam bahasa Khmer agar mualaf Kemboja dapat memahami makna firman Allah dalam bahasa ibunda mereka.
Jumlah Keseluruhan Sasaran: RM6,950
Infaq Melalui Pindahan Bank
Bank: Maybank
No. Akaun: 5622 0967 7251
Nama: Pertubuhan Kebajikan Hidayahku Malaysia
Rujukan: SR Kemboja
Pertanyaan & Hantar Slip
017-8479763 Dr Safwan (WhatsApp)
Payment Methods
- Billplz
- Bank Transfer
Campaign Updates
RM 230.00
Infaq Status: Started on 9th of Mar 2026
Above information is updated as of 20th March, 2026.